Tentang Al Farabi Shoppe
… Assalamualaikum …
Al Farabi Shoppe adalah
sebuah perniagaan yang berpusat di Sekolah Islam Al Farabi dan diasaskan oleh
Bendahari Ahli Lembaga Pengurus Sekolah Islam Al Farabi iaitu Tuan Haji Daud
bin Dollah. Penubuhan Al Farabi Shoppe adalah bertujuan menambah dana sekolah
bagi tujuan pembinaan dan penyelenggaraan.
Perancangan pembangunan
yang menjadi keutamaan adalah pembinaan kompleks 4 tingkat yang bertujuan
menampung bilangan dan permohonan pelajar yang semakin meningkat saban
tahun. Permohonan yang meningkat membuktikan bahawa Sekolah Islam Al Farabi
mendapat kepercayaan yang meluas di kalangan masyarakat yang mahukan anak anak
mereka mendapat didikan di Sekolah Islam Al Farabi. Selain itu,pembinaan
kompleks ini sejajar dengan visi sekolah iaitu “MENJADI KOLEJ PENDIDIKAN ISLAM
YANG TERUNGGUL DI NEGERI SELANGOR PADA TAHUN 2025”.
Atas tujuan tujuan tersebut
Al Farabi Shoppe ditubuhkan dengan harapan dapat membantu menambah dana bagi
mencapai matlamat yang mulia itu. Bermula dengan hanya menjual produk
kesihatan,Al Farabi Shoppe kini mengorak langkah setapak ke hadapan dengan
menawarkan beberapa perkhidmatan kepada masyarakat seperti perkhidmatan
rundingan umrah, perkhidmatan ibadah qurban dan aqiqah di Kemboja dan perkhidmatan
pendaftaran serta tambah nilai prabayar OneXOX.
Diharap penubuhan Al Farabi
Shoppe ini dapat merapatkan ukhwah diantara Sekolah Islam Al Farabi dan
masyarakat luar.Oleh itu kami juga berharap masyarakat dapat menerima dan
memberi sokongan diatas penubuhan Al Farabi Shoppe.